25 Februari 2013


Latihan Kefahaman

Garisi kata adjektif yang terdapat dalam petikan yang diberi.


Pada hari Ahad yang lepas ,Sekolah Kebangsaan Jelai 1 Felda telah mengadakan  satu program iaitu Hari kantin Sekolah  bertempat di dataran perhimpunan sekolah tersebut. Banyak gerai yang didirikan untuk menjual bermacam-macam jenis barang. 
     Gerai-gerai itu juga akan dipertandingkan untuk kategori gerai tercantik. Ada gerai menjual pakaian, gerai buah-buahan, gerai minuman, gerai kuih-muih serta gerai cenderahati. Di gerai menjual pakaian terdapat pakaian yang murah-murah harganya serta baru-baru belaka.
   Gerai menjual buah-buah pula ada menjual bermacam-macam jenis buah yang manis, masam serta lazat. Ada buah tembikai, oren, mangga, jambu, belimbing, pisang dan lain-lain lagi. Gerai menjual makanan pula menjual berbagai-bagai jenis kuih yang sedap-sedap belaka seperti donat, karipap, mi, burger, sosej  serta makanan ringan yang lain.
     Gerai minuman tetap menjadi tumpuan pada waktu cuaca yang sangat panas ini. Ada air oren, mangga ,jambu dan juga air tebu. Gerai cenderahati juga menjadi tumpuan kerana ada menjual bermacam-macam jenis cenderahati yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk panjang, bujur , bulat serta berbentuk ikan dan bunga.
     Semua gerai dihias cantik dan berwarna-warni. Gerai cenderahati memenangi tempat pertama bagi pertandingan gerai tercantik kerana berlatar belakangkan warna merah jambu dan putih serta digantung dengan bermacam-macam belon berwarna-warni. Belon itu ada yang besar dan ada yang kecil. 
     Di hujung Dataran Perhimpunan itu, terdapat gerai karaoke disediakan khusus untuk sesiapa yang mempunyai suara yang merdu dan berminat untuk menyanyi. Mereka juga digalakkan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan sepanjang hari kantin tersebut. 
     Program Hari Kantin berakhir pada jam 7 petang.Semua pelajar pulang dengan perasaan gembira walaupun terasa amat penat dan letih.

Kepada murid 5 Cempaka.Salin petikan ini dalam buku Sistem Bahasa.Gariskan semua kata adjektif yang terdapat dalam petikan.Hantar buku latihan pada hari Jumaat, 1 Mac 2013.








Latihan Penulisan

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk ' Aku Sepasang Kasut '.Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.




Kepada murid tahun 4 Melur, tulis karangan ini dalam buku penulisan bahagian B. Karangan ini perlu dihantar pada hari Isnin,5 Mac 2012.
Latihan Tatabahasa

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai dengan gambar dalam ayat yang diberi.

1. Ayah membaca se _______________ surat khabar Berita Harian sementara menunggu ibu membeli ikan di pasar.



2. Afrina membawa beberapa _______________ kayu api semasa aktiviti perkhemahan untuk memasak makanan.

3. Iman hanya minum dua _______________ air kopi sahaja kerana tekaknya sakit.


 4. Se _______________ rumah kedai hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku malam tadi.


5. Ayah menghadiahi ibu se _______________ rantai mutiara sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 tahun pada hari Selasa yang lalu.

Kepada murid 6 Cempaka, salin soalan yang diberi kemudian  jawab soalan ini dalam buku Sistem Bahasa. Hantar kerja rumah ini pada hari Jumaat, 2 Mac 2012.

01 Februari 2013

Assalamualaikum kepada semua anak murid cikgu dari kelas 6c .Jangan lupa esok 2.2.2013 kita ada kelas tambahan Bahasa Malaysia ye dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.